Bab 2
Matahari
sudah mula meninggi. Irfan masih belum sedar dari pengsannya. Izz dan Haji
Mahfuz pula masih berada di hadapan rumah bersama seorang mekanik yang telah
dicari oleh Haji Mahfuz pada pagi tadi. Aliya pula terjengok-jengok di sebalik
pintu memerhati susuk tubuh yang sedang terbaring di atas katil di bilik tetamu
rumah kayu itu. Dulang di tangan dipegang kejap.
“Nak
masuk ke tidak? Hmmm… masuk je lah…” Aliya terus melangkah masuk dan membuka
pintu bilik seluas mungkin. Dulang yang berisi semangkuk bubur dan segelas air
masak diletakkan di atas meja kayu di tepi katil. Aliya membongkokkan badannya,
wajah pemuda di hadapannya direnung tanpa berkelip. Betullah, wajah mamat ni,
aku kenal! Macam muka pelakon tu je? Tapi takkanlah! Mungkin peladuk dua
serupa.
Beberapa
minit kemudian, Aliya seperti tersedar sesuatu. Ish! Jaga mata… Aliya berdiri
seraya membetulkan tudung bawal berwarna kelabu yang berwarna sedondon dengan
baju kurungnya.
Nafas dihembus kuat. Lantak kau lah, nanti kau
bangun pandai-pandai la makan makanan tu. Aliya mula melangkah keluar dari
bilik itu. Langkahnya terhenti apabila mendengar pemuda itu menggumam sesuatu.
Dia berundur sedikit ke belakang. Cuba mendengar apa yang dikatakan pemuda itu.
“Jangan
kacau aku… jangan ikut aku… jangan…” Irfan menggeleng kepalanya ke kiri dan ke
kanan berkali. Peluh mula merenek di dahinya.
Aliya
mengerutkan dahinya. Apa yang kau merepek ni?
“Argh!”
Irfan bingkas bangun dari pembaringan.
Bahu
Aliya terinjut akibat terkejut dengan jeritan lelaki itu.
Mata
Irfan meliar memandang sekeliling. Setiap sudut bilik itu di tatap dengan
pandangan yang jelek. Dia memandang selimut lusuh yang sedang membaluti separuh
badannya. Pandangannya terhenti apabila melihat susuk tubuh gadis yang sedang
berdiri tegak di sebelahnya.
“Rumah
kau?” soal Irfan bernada serius.
Aliya
mengangguk perlahan.
“Buruknya
rumah ni!”
Aliya
mengetap bibir! Eiii… biadapnya! Dia kutuk rumah aku buruk? Dah orang tolong
tu, bersyukur je lah!
“Kau
ni siapa ha?” soal Irfan kuat.
“Orang…”
jawab Aliya seraya memeluk tubuhnya. Menyampah! Harap muka ja handsome,
perangai macam ‘nates’!
“Memanglah
orang, takkan monyet pakai tudung pulak!” sindir Irfan sambil menjeling tajam.
“Agak
kasar bahasa kau ni! Aku dah tolong kau, tak reti ucap terima kasih ke hah?
Buruk punya perangai…” bidas Aliya pula. Aku bubuh jugak racun tikus dalam
makanan mamat ni! Baru padan dengan muka!
Macam
aku kenal je suara ni. Mata Irfan terbuka luas. Bibirnya diketap.
“Kau
kan semalam?” Irfan membulatkan matanya.
“Ha!
Aku… apasal? Kau ingat kau sorang aje pandai buat mata bulat? Aku pun boleh
lah!” Aliya bercekak pinggang sambil membersarkan matanya.
“Wei,
pasal kau lah aku jadi macam ni!” bentak Irfan. Mati-mati aku ingat ‘makhluk’
tu semalam.
“Apahal
pulak aku? Kau tu yang penakut. Lari macam lipas kudung… nama ja jantan tapi
hati berbunga-bunga, menjerit mengalahkan perempuan. Dasar jantan lembut!
Biadap pulak tu!” bidas Aliya lagi. Tembok kesabarannya sudah mula runtuh.
“Kau
ni yang biadap sebenarnya, berapa umur kau ni ha? Aku lagi tua pada kau, hormat
aku sikit!” tengking Irfan.
“Aku
akan hormat orang yang pandai hormat orang lain… tapi dengan kau ni, aku rasa
macam tak layak je aku nak hormat… buang masa aku!”
“Eh…
kau ni kan…!” Irfan mula berdiri. Kini tubuhnya hanya beberapa jengkal sahaja
dari Aliya. Pandangannya tajam memandang gadis itu. Entah kenapa hatinya
berdebar-debar tatkala merenung sepasang mata bundar milik gadis di hadapannya.
Ish, kenapa aku rasa macam ni? Rasa macam…suka. Syuhhh… wahai rasa ‘suka’ pergi
jauh-jauh lah! Ngomel Irfan di dalam hatinya.
Aliya
pula mencerlung memandang pemuda itu. Kau ingat aku takut ke? Tengok kaki ar
kalau nak bergaduh dengan aku. Aku ni Aliya Marissa lah! Aku akan hormat orang
kalau dia hormat pada aku. Tapi, kalau orang tu biadap… memang aku biadap jugak
la! Lagi teruk aku kerjakan. Huh!
“Huh,
menyampah! Layan orang yang tak tahu berterima kasih ni, memang menyakitkan
hati… tepilah, aku nak keluar… makanan tu, makan… kalau aku tengok ada sisa
walaupun sikit, siap kau! Aku tak suka orang tinggal sisa makanan. Faham?”
Aliya melangkah keluar dari bilik itu dengan perasaan yang sebal.
Irfan
terus memandang makanan di meja kayu itu. Perutnya yang berbunyi sejak dari
tadi dipegang. Dari semalam aku tak makan. Laparnya! Dia segera melahap makanan
di hadapan. Yummy, sedap siot…
Wajah
tu dah gred A, tapi perangai macam hantu. Tengok TV lagi bagus. Ngomel Aliya
sendirian sambil menghenyakkan punggungnya di atas kusyen berhadapan dengan TV.
Punat on pada remote ditekan sambil mulutnya terkumat-kamit membebelkan mamat
itu. Remote ditekan-tekan. Mencari siaran yang berkenan di hati.
Tiba-tiba
dia menghentikan perbuatannya. Matanya membulat apabila memadang skrin TV. Hah!
Dia memandang skrin TV dan bilik yang dihuni pemuda itu silih berganti.
Betullah! Memang sama. Entah-entah… Aliya menekup mulutnya… dia ni pelakon ke?
------------
Aliya
mencuri memandang wajah pemuda dihadapannya tanpa berkelip. Uish, tak sangka!
Ada pelakon dalam rumah aku! Patutlah berlagak semacam ja. Arghh… nak mintak
autograph tapi… tapi aku dah marah dia tadi. Hukhukhuk…disini menyesal pulak.
“Aliya,
kenapa tak makan… dah sejuk dah nasi tu…” tegur Haji Mahfuz apabila melihat
anaknya memandang pemuda itu tak berkelip. Nak kena budak ni… tak jaga mata
betul!
“Aliya
makan la ni walid…” jawab Aliya seraya menyuap nasi ke dalam mulutnya. Sengihan
kambing dihadiahkan kepada Haji Mahfuz.
“Terima
kasih pakcik sebab sudi tolong carikan mekanik…” sopan Izz berkata. Dia menyiku
Irfan yang sedang kusyuk menikmati makanan. Wei, kau ni tak ada adab ke hah?
Irfan
tersedak. Dia memandang Izz yang sedang memandangnya tajam.
“Dan
terima kasih pakcik sebab tak hebohkan pasal saya, kalau tak susah jugak nak
handle…” Irfan berkata lembut. Senyuman manis terukir di bibirnya.
Aliya mencebik.
Ceh, memang dasar pelakon betul, depan walid aku pandai pulak kau cakap sopan,
depan aku? Biadap nak mampus.
“Tolong
menolong memang patut menjadi amalan kita. Pakcik tolong apa yang termampu je…”
Haji Mahfuz berkata lembut.
“Kami
berdua takkan lupakan jasa pakcik sebab bersusah payah tolong kami…” Irfan
berkata lagi. Izz memandang Irfan tanpa berkelip, tak percaya dengan apa yang
terpacul keluar dari mulut lelaki itu. Reti jugak kau ni bersopan rupanya.
“Itu
tugas pakcik… anak makanlah nasi tu, maaflah sebab lauk biasa-biasa saja…” ujar
Haji Mahfuz merendah diri.
“Tak
apa pakcik… ini pun dah cukup…” ujar Izz pula. Bibirnya mengukir senyuman
manis.
“Bila
nak balik?” soal Aliya spontan. Matanya memandang tajam wajah pemuda yang
tengah melahap tak ingat dunia tu!
“Aliya
Marissa!” marah Haji Mahfuz.
Aliya
menundukkan mukanya. “Maaf…” katanya sepatah.
Irfan
tersenyum sinis… padan muka kau! Mulut macam puaka. Hambik! Kan dah kena marah.
Haha… puas hati aku.
Aliya
menggigit bibir apabila terpandang senyuman sinis menghiasi wajah makhluk di
hadapannya. Dia ni memang nak makan pinggan aku ke? Meluatnya! Daripada minat
kau, terus reject! Hampeh… perangai tak semenggah. Muka suci la konon depan
orang lain. Geramnya aku! Hipokrit betul.
“Pakcik
mintak maaf bagi pihak anak pakcik ya?” Haji Mahfuz menghadiahkan jelingan
tajam kepada Aliya.
“Tak
apa pakcik… Insya-Allah, lepas solat Zohor kami baliklah…” Izz menjawab bagi
soalan Aliya sebentar tadi.
Aliya
memandang pemuda yang berada di sebelah mamat tak guna itu. Dia ni lebih
bersopan dan sangat kacak orangnya. Macam ni la calon suami yang aku
idam-idamkan… Hikhikhik…
“Berapa
umur anak pakcik ni…” dengan selambanya Irfan menyoal.
Aliya
tersedak.
Izz
memandang Irfan. Hai, jarang-jarang kau tanya pasal gadis, tengok anak pak imam
ni terus kau terpikat ke?
“Umur
anak pakcik ni 22 tahun… belajar di Universiti Malaysia Terengganu… sekarang ni
dia cuti…” jawab Haji Mahfuz.
“Oh…”
Irfan tersenyum nipis. Muda lagi… tapi perangai, gila!
4 comments:
best cepatlah sambung ya tq.
wah.. x sbr nak tunggu bab seterusnya..
Saya dah baca dah novel nii :) Fuhh ! Best gilaa >< Sweet je ending die :) Saya suka :) Santai je saya baca :) Jalan cite die tak berat :D
Anonymous : Terima kasih dear sebab suka novel ni... ^^
BBy mio, ida adiera : maaf sbb baru bukak blog.... saya terlupa password... huhu
Post a Comment