Irfan
dan Izz kini melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan baru sahaja melepas Bukit
Merah. Izz memandu hanya ditemani dengan DJ Radio dan lagu-lagu terbaru yang
berkumandang di radio. Irfan pula baik punya lentok. Kerja tidur aje mamat ni…
desis hati Izz.
Channel
radio ditukar. Haa, lagu ni baru awesome! Volume dikuatkan. Sudah ber
degum-degum suasana di dalam kereta itu memutarkan lagu Moves Like Jagger.
Irfan
membuka kelopak matanya perlahan. Bisingnya! Dia menoleh kepalanya ke kanan.
Izz sedang terkumat-kamit mulutnya bernyanyi seiringan dengan Adam Levine.
Irfan mencebik. Perasan kau tengah berduet dengan dia ke? Gumam Irfan. Kalau
kau berduet dengan dia, maknanya kau ni Christina Aguilera lah! Irfan tersenyum
sendiri.
“Bangun
pun…yang kau senyum ni apahal? Kena sampuk dengan hantu? Ish! Borak lah dengan
aku! Nanti aku tertidur kang… padan muka kita berdua. Memang padam terus lah
lepas tu…” marah Izz.
“Aku
letih lah…” Irfan jawab lemah.
“Kau
sorang je ke yang letih? Habis aku? Bateri aku pun kena cas jugak, dah lemah
sangat ni… kejap lagi sampai dekat perhentian lepas ni, kau drive… biar aku
pulak yang rest…” Izz telah mengeluarkan kata putus.
“Yelah,
aku drive kejap lagi…” jawab Irfan malas. Keluhan kecil dilepaskan. Letihnya!
Aku nak tidur puas-puas lepas sampai di rumah nanti.
Lama
mereka berdiam diri.
“Kau
minat dekat anak Haji Mahfuz ke?” soal Izz tiba-tiba. Bibirnya mengukir
senyuman mengusik.
“Huh!
Perempuan tu biadap kut… tak ada masa aku nak minat dengan perempuan macam tu. Not my taste!” soalan Izz membuatkan
kemarahan Irfan terhadap gadis itu datang menerpa. Geram aku bila dia main-main
dengan aku. Boleh pulak takutkan aku…
“Biadap?
Wei, kau ni buta ke apa? Sopan macam tu pun kau kata biadap? Cantik macam tu
pun kat cakap not my taste? Sahlah
kau ni buta.” Izz mengerutkan dahi. Hairan apabila mendengar jawapan Irfan.
“Depan
kau memanglah dia sopan, tapi kalau depan aku dia tu dah macam singa… singa zoo
yang dalam kandang tu. Singa paling ganas…yang spesisnya asal dari Afrika tuh…”
jawab Irfan sarkastik.
“Tapi
dia cun kut…” puji Izz sambil mengangkat keningnya berkali-kali.
“Memanglah
dia cun…” Irfan menghentikan ayatnya. Kenapa aku macam puji je singa tu? Ish!
Izz
tergelak kuat. Mengaku pun…
“Kau
jangan nak kutuk dia sangat… nanti berjodoh dengan dia… hambik! Baru kau tahu
KLCC tu tinggi ke rendah…”
Irfan
mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Malas nak bertekak. Dia memejamkan
matanya. Namun wajah gadis itu asyik bermain cak cak pulak. Argh! Apasal aku
asyik teringat wajah singa tu? Kenapa dengan aku ni?
Aliya
diam menikus. Kepalanya ditundukkan. Sungguh, dia tidak berani untuk menatap
wajah Haji Mahfuz pada saat ini. Wajah
yang penuh dengan ketegasan.
“Aliya
Marissa…” panggil Haji Mahfuz tegas.
“Ye…ye
walid…” dup dap dup dap… apasal jantung aku tiba-tiba pam darah laju pulak ni?
Gumam hati Aliya.
“Walid
tak pernah ajar anak walid untuk biadap dengan tetamu. Kenapa tadi kamu tak
jaga adab?” soal Haji Mahfuz, masih mengekalkan nada ketegasan.
Aliya
menggigit bibir. Walid, dia yang biadap dulu…dah lah dia kutuk rumah kita… hmmm…
Setelah
menelan air liurnya bertan-tan, barulah dia berani menatap wajah Haji Mahfuz.
“Aliya,
kita sebagai umat Islam dituntut memberikan layanan yang terbaik kepada tetamu
sama ada tetamu diundang itu ataupun tak. Walaupun penat, kita harus
menunjukkan muka yang manis… faham?”
“Faham
walid…”
“Dan,
kamu tak jaga mata kamu…” tegur Haji Mahfuz lagi.
Glurp!
Walid perasan ke aku pandang lelaki tu?
Haji
Mahfuz bangun. Kopiah diperbetulkan.
“Walid
tak nak perkara ini berulang lagi… kamu kena ingat, sekiranya ada tetamu datang
ke rumah, rezeki akan dimurahkan oleh Allah S.W.T. Walid betul-betul kecewa
dengan sikap Aliya …” ujar Haji Mahfuz seraya melangkah pergi dari ruang tamu.
Aliya
mengeluh. Tudung bawal berwarna ungu muda diperbetulkan. Kelopak matanya mula
berkaca-kaca. Sedih… Aliya mintak maaf
sebab malukan walid. Aliya janji, kalau Aliya jumpa dengan pemuda itu lagi,
Aliya akan mintak maaf dengan dia. Bisik hati Aliya, air mata yang mengalir
diseka lembut.
2 comments:
sukalah saya nak lg boleh tq.
Baby Mio : boleh2... nanti saya postkan ye? TQ sebab suka... =)
Post a Comment